10 Disember 2015 - 00:22
Perdana Menteri Iraq tinjau pencerobohan Turki di Mosul

Pentadbiran Perdana Menteri Haider al-Abadi dianggap lemah kerana masih belum bertindak terhadap pencerobohan tentera asing setelah tempoh peringatan 48 jam agar Turki mengundurkan tenteranya sudah tamat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Media Iraq beberapa jam lalu melaporkan Haider al-Abadi menjenguk kawasan yang diceroboh tentera Turki di utara negara tersebut.

Haider al-Abadi menggunakan helikopter tentera untuk berlegar-legar di ruang udara kawasan yang diceroboh Turki.

Tinjauan ini terjadi setelah tempoh 48 jam peringatan untuk tentera Turki berundur berakhir. Namun ramai penganalisa politik menganggap pentadbiran Haider al-Abadi adalah lemah kerana tidak memberikan sebarang reaksi ketenteraan setelah berakhirnya tempoh peringatan tersebut.

Satu-satunya reaksi al-Abadi ilaha mengubungi Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg dan berkata, "Kehadiran tentera Turki di kawasan ini tanpa keizinan Baghdad merupakan pelanggaran kedaulatan negara ini. Pakatan NATO hendaklah berusaha mendesak Turki berundur segera dari bumi Iraq."

Meskipun begitu, media melaporkan kumpulan-kumpulan separa tentera Iraq sedang bersiap sedia untuk bertindak memerangi pencerobohan Turki di utara negara mereka.